|
PENGENALAN
Jabatan Kemanusiaan di SMK Dato’ Onn Butterworth ialah jabatan yang menempatkan 7 buah panitia iaitu panitia Geografi. Panitia Sejarah, panitia Pendidikan Islam, panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, panitia Seni Visual, panitia Pendidikan Moral dan panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. VISI Jabatan Kemanusiaan akan bekerjasama menjalankan program pembestarian yang berkesan menjelang 2010. MISI Beriltizam mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, sahsiah dan kokurikulum melalu sumber yang sedia ada secara terancang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ISU STRATEGIK Membudayakan disiplin kerja terancang bagi mencapai tingkat optimum Mengaplikasikan ilmu secara teori dan praktikal bagi mencapai modal insan cemerlang Menambah minat membaca, pemahaman konsep dan pemerhatian melalui subjek tertentu Meneroka potensi pelajar untuk dipertingkatkan Menilai keutuhan pelajar melalui peperiksaan
MATLAMAT STRATEGIK Mendedahkan pemikiran terbuka dan penerokaan potensi serta disiplin guru dan murid Meningkatkan peluang guru mendapatkan ilmu untuk meninggikan tahap profesionalisma Mengembangkan potensi pelajar bagi mencapai keperluan optimum Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi menyokong kurikulum Memastikan guru menghabiskan sukatan pelajaran dan pelajar dapat menguasai isi kandungan sukatan pelajaran tersebut Pelajar boleh menjawab soalan dengan teknik yang betul dan lulus dengan cemerlang
|