|
Jabatan Bahasa merupakan salah satu jabatan yang terdapat dalam pentadbiran SMKDOB. Panitia yang terlibat dalam Jabatan Bahasa ialah Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Pengajian Am. Jabatan Bahasa mempunyai fungsi yang besar dalam memantapkan bahasa sebagai alat komunikasi dalam kalangan pelajar. Tugas ini dilaksanakan oleh ketiga-tiga panitia dalam Jabatan Bahasa dengan menjalankan pelbagai aktiviti, contohnya menyertai pertandingan Karnival Akademik anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, menganjurkan bulan bahasa dan lain-lain. Dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa pelajar Jabatan Bahasa juga dibantu oleh Pusat Sumber Sekolah melalui program NILAM. 
|