|

PENGENALAN Bidang Teknik dan Vokasional di SMK Dato’ Onn Butterworth ialah jabatan yang menempatkan 4 buah panitia iaitu panitia ICT & KDP. ,Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Lukisan Kejuruteraan dan Panitia Ekonomi & Perakaunan VISI Bidang teknik dan vokasional berdaya dan mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang mata pelajaran Teknik dan Vokasional menjelang tahun 2010. MISI Berusaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang subjek Teknik & Vokasional, sahsiah dan kokurikulum melalui penggembelingan semua sumber secara optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MATLAMAT STRATEGIK Memantapkan pengurusan bidang Teknik dan Vokasional untuk menjadi Sekolah Bestari berkesan menjelang tahun 2010. OBJEKTIF STRATEGIK : Membentuk sikap yang positif serta memupuk minat belajar di kalangan pelajar. Memberi pendedahan yang lebih sistematik dan terperinci dalam konsep dan fakta asas. Meningkatkan penguasaan dalam kaedah dan teknik mnejawab soalan secara berkesan. Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar.
|