|
PENDAHULUAN
Bidang Sains & Matematik di SMK Dato’ Onn Butterworth ialah jabatan yang menempatkan 6 buah panitia Panitia Sains, Panitia Kimia, Panitia Fizik, Panitia Matematik, Panitia Biologi dan Panitia Matematik Tambahan VISI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK AKAN MENJADI BIDANG YANG BERKESAN MENJELANG TAHUN 2010. MISI Berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sains dan matematik, berbudaya sains, mempunyai kreativiti yang tinggi dan cintakan sains dan teknologi. ISU STRATEGIK : Budaya belajar yang cemerlang,berdaya saing dan disiplin yang mantap akan ditanam dalam diri pelajar. Kelemahan pelajar dalam kemahiran asas sains dan matematik menyebabkan mereka tidak mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan diatasi. Pelajar yang tidak memahami ‘term’ dalam bahasa inggeris akan cuba dibaiki.
MATLAMAT STRATEGIK
Meningkat daya juang pelajar agar lebih berdisiplin dalam menjayakan kelas akademik dan aktiviti kokurikulum. Guru lebih kretif merancang untuk pelajaran dalam kelas bagi meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran sains dan matematik. Guru-guru akan mengahabiskan silibus sebelum bulan September. Guru-guru dapat menyampaikan teknik menjawab soalan dengan baik dan pelajar dapat mengaplikasikanya semasa menjawab soalan sains dan matematik. Tiada pelajar yang mendapat gred C ke bawah dalam peperiksaan PMR,tiada pelajar yang mendapat gred 6C ke bawah dalam SPM dan tiada calon mendapat gred C- ke bawah menjelang tahun 2010
|