Selasa, 07 September 2010
Menu Utama
ALUAN PENGETUA

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Ilahi kerana laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth telah mengorak langkah seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat.  Laman web yang interaktif dan info terkini mampu menarik pengunjung melayarinya.  Komunikasi maya ini amat penting kepada semua sebagai penghubung dunia maklumat yang tidak bertepi.  Namun, penggunaanya perlu disaring supaya maklumat yang menyeluruh dan meluas ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.  Tahniah kepada semua warga kerja atas usaha murni ini bagi menjadikan SMKDOB terpahat di persada maya.Wasalam
Selayang pandang: sekiranya semua pokok di dunia ini dijadikan pen dan lautan sebagai dakwatnya, belum habis ilmu Allah s.w.t diterokai
 

Login Form





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Pautan Pilihan










lpm

Hit Setakat Ini

Laman Utama arrow Pusat Sumber

Pusat Sumber PDF Cetak Emel
Khamis, 20 Mac 2008

Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis;

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

PSS SMK Dato’ Onn, Butterworth terdiri daripada 7 unit utama merangkumi

Perpustakaan
Pusat Sumber Siber
Pangkalan Sumber Media
Bilik Media 1
Auditorium Dato’ Onn
Sudut Bacaan
Program NILAM

PSS digerakkan oleh organisasi yang mantap terdiri daripada JK Induk, JK Kerja, JK Pengawas PSS dan JK Kelab PSS.  Setiap unit mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan PSS dapat beroperasi dengan sempurna dan lancar.

VISI
Warga SMK Dato’ Onn membudayakan teknologi pendidikan menjelang 2010

MISI
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan rujukan serta media yang berkualiti bagi memenuhi keperluan semua warga sekolah

Perpustakaan

Perpustakaan SMKDOB merupakan unit terpenting PSS.  Perpustakaan ini terletak di Tingkat 1, Blok Darwinia.  Ruang bacaannya seluas 6 bay dan boleh menampung 80 orang pembaca serentak pada satu-satu masa.  Koleksi bahan cetak amat banyak, melebihi 20 ribu naskhah buku, kamus, ensaiklopedia, jurnal, brosur, atlas, biografi, buk skrap, buletin, keratan akhbar, prospektus dan sebagainya sama ada dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 

Lebih 20 majalah dilanggan setiap bulan dan 6 akhbar harian dilanggan setiap hari persekolahan.
Perpustakaan dibuka setiap hari persekolahan dari jam 7.25 pagi hingga  4.30 petang. Guru-guru dan staf sokongan boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada bila-bila masa, manakala pelajar boleh menggunakan perpustakaan semasa waktu rehat dan selepas sekolah.  Guru-guru juga digalakkan membawa pelajar menggunakan perpustakaan semasa proses P&P.   Mulai sesi 2007, perpustakaan telah menjalankan proses pengautomasian menggunakan perisian E-Khutub Khanah dengan kerjasama PIBG.  Pengguna perpustakaan akan berpeluang menggunakan perkhidmatan  perpustakaan yang lebih sistematik, cekap dan lancar dalam sedikit masa lagi.