Selasa, 07 September 2010
Menu Utama
ALUAN PENGETUA

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Ilahi kerana laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth telah mengorak langkah seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat.  Laman web yang interaktif dan info terkini mampu menarik pengunjung melayarinya.  Komunikasi maya ini amat penting kepada semua sebagai penghubung dunia maklumat yang tidak bertepi.  Namun, penggunaanya perlu disaring supaya maklumat yang menyeluruh dan meluas ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.  Tahniah kepada semua warga kerja atas usaha murni ini bagi menjadikan SMKDOB terpahat di persada maya.Wasalam
Selayang pandang: sekiranya semua pokok di dunia ini dijadikan pen dan lautan sebagai dakwatnya, belum habis ilmu Allah s.w.t diterokai
 

Login Form





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Pautan Pilihan










lpm

Hit Setakat Ini

Laman Utama arrow Kokurikulum

Kokurikulum PDF Cetak Emel
Rabu, 19 Mac 2008

PENGENALAN
 
Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn bergantung kepada perancangan dan pengurusan sumber sekolah serta bantuan dan sokongan luar. Dalam melaksanakan Perancangan Strategik Kokurikulum Tahun 2008, rancangan strategi, penentuan hala tuju  Kokurikulum  serta pengurusan sumber sekolah ditetapkan supaya Visi dan Misi Sekolah dapat dicapai. Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Menengah Dato’ Onn  berasaskan Analisis SWOT, iaitu berdasarkan penilaian situasi dan pencapaian Kokurikulum sekolah pada Tahun 2007 untuk menetapkan sasaran dan objektif Kokurikulum Sekolah tahun 2008 hingga 2010.


RASIONAL

1. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth merupakan pelajar-pelajar terpilih yang mempunyai potensi untuk mencapai tahap kejayaan Kokurikulum yang cemerlang, baik dalam bidang sukan dan permainan ataupun dalam kokurikulum akademik
 
2. Visi dan Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth akan tercapai dengan pengurusan dan penggunaan sumber dan aset sekolah secara maksima.